Friday, 14 April 2017

ALLAHU AKBAR, Indahnya Hidup Berjamaah!!

PAS adalah sebuah jamaah Islam yang telah berjuang lama dulu untuk Islam dan demi Islam. Sebuah jamaah yang intima'nya adalah untuk mempertahankan aqidah sehingga ke titisan darah terakhir.

Dalam masa yang sama PAS turut bersama dalam aktiviti kemanusiaan di dalam dan di luar negara melalui amilinnya samada secara rasmi atau tidak rasmi. Bermaksud akan ada sahaja mereka yang di dalam jamaah ini yang saling kuat memperkuatkan. Seperti mana firman Allah swt yang dalam surah as saff ayat 4;

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ
Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.

Menurut Qatadah di dalam tafsirnya firman Allah swt katanya; “Adakah kamu tidak melihat pemilik sebuah bangunan, bagaimana ia tidak suka berlaku keretakan di dalam binaannya. Begitu juga Allah tidak menyukai sesuatu percanggahan dan perselisihan dalam urusan agamaNya. Allah mengajar tentang barisan muslimin di dalam peperangan mereka dan barisan di dalam solat mereka. Justeru kamu hendaklah menuruti perintah Allah untuk mencapai kejayaan dan kemenangan. (Ad-Dur Al-Manthur)

Jelasnya Allah swt menyukai barisan yang mengangkat panji agamaNya, menolong dakwahNya dan menyebarkan fikrahNya hendaklah menjadi satu binaan yang mana batu batanya saling tolong-menolong, kukuh-mengukuh dan pegang-memegang antara satu sama lain serta setiap batu bata menjalankan peranan dan fungsi masing-masing dan menutup kelompangannya. Ini kerana sesuatu binaan seluruhnya akan ranap sekiranya batu bata terpisah dan tercerai dari tempatnya sama ada terkehadapan atau terkebelakang..dan sekiranya batu bata tersebut terpisah dari pegangan batu bata di bawahnya atau di atasnya atau di sebelahnya.

 Sesungguhnya ianya adalah suatu gambaran tentang hakikat sebenar dan bukan semata-mata gambaran kosong..Gambaran tentang tabiat sebuah jamaah dan tabiat ikatan yang kukuh antara anggota di dalam sebuah jamaah..Iaitu ikatan perasaan, ikatan pergerakan di dalam system yang tersusun dan menuju kepada matlamat yang tersusun. (Fi Zilal)

 Justeru, sekiranya kita benar-benar cintakan Allah dan bersungguh-sungguh mengharapkan keredhaanNya, maka kita hendaklah mengutamakan kecintaanNya mengatasi kecintaan kita. Kecintaan wajib diutamakan. Mendahulukan kehendak kekasihmu mengatasi kehendakmu sendiri, mendahulukan apa yang disukai oleh kekasihmu mengatasi yang disukai oleh dirimu sendiri. Oleh itu, sekiranya Allah menyukai seorang hamba yang berperang dalam bentuk seperti yang dinyatakan, maka orang yang tidak mengutamakan apa yang disukai Allah mengatasi kesukaan dirinya sendiri, ia sebenarnya telah memisahkan diri dari mendapat kecintaan Allah. Orang yang tidak memperolehi kecintaan Allah, maka ia akan ditimpa kerugiaan dan kebinasaan yang lain. (Lataif al-Isyarat)  

Inilah yang diperaktikkan oleh jamaah Allah ini, mengenepikan segala unsur liberalisme dan pluralisme dan segala macam unsur yang bertentangan dengannya.

Dan atas faktor itu jugalah maka ahli jamaah ini cuba untuk memenuhi kehendak Allah swt di dalam surah al-Asr iaitu;

وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3)

”Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran”.

Maka wahai ahli PAS, mari kita perkukuhkan dan persatukan intima' kita agar kita bakal selari atas dasar intima' yang benar. Selagi dasar perjuangan jamaah ini masih lagi dengan dasar Islamnya, selagi gerak kerja ini masih atas tuntutan untuk memenangkan Islam, mengapa kita mesti berpisah dengan jamaah ini.

Cukuplah Allah swt menjadi saksi atas niat dan tindakan kita untuk memperjuangkan, memperkasakan, mempertahankan, memperluaskan ruang lingkup Islam ini khususnya di Malaysia.

Kita bergerak dengan kepelbagaian strategi yang telah diatur untuk memastikan binaan Islam itu bukan sahaja indah bahkan teguh dan mantap. Wallahu 'alam bissawwab.

Abu Turab
15 April 2017/1.38 am
AT003/2017
MAMPU Centre

Wednesday, 12 April 2017

PAS TIDAK GENTAR

Sejak berpisah daripada Pakatan Rakyat, PAS dicari di mana sahaja. Apa sahaja liuk lintuk PAS pasti menarik perhatian lawannya. Ada sahaja tindakan PAS yang dianggap menongkah arus.

Namun begitu PAS tetap melangkah dengan penuh gagah perkasa, sehingga membuatkan lawan sentiasa resah tak senang duduk. Langkah siasah PAS sentiasa dipertikai namun kemudiannya membuahkan hasil yang cukup lumayan buat PAS. Maka menjadilah PAS itu sesuatu yang ganjil dan asing pada pandangan lawannya.

Sabda Nabi saw nampaknya memberikan gambaran yang tepat dalam memahami keadaan PAS sekarang ini.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبَّادٍ وَابْنُ أَبِي عُمَرَ جَمِيعًا عَنْ مَرْوَانَ الْفَزَارِيِّ قَالَ ابْنُ عَبَّادٍ حَدَّثَنَا مَرْوَانُ عَنْ يَزِيدَ يَعْنِي ابْنَ كَيْسَانَ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

Maksudnya : “Muhammad bin cAbbad dan Ibn Abi cUmar telah berkata kepada kami daripada Marwan al-Fazari, Ibn Abbad berkata Marwan telah menceritakan kepada kami daripada Yazid iaitu Ibn Kaisan daripada Abi Hazim daripada Abi Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda : Pada awal munculnya Islam merupakan sesuatu yang asing, dan akan kembali menjadi asing seperti permulaannya. Maka berbahagialah orang-orang yang asing”.

Berpandukan hadis ini, menunjukkan bahawa PAS tidak pernah gentar atau takut untuk terasing daripada minda dan pemikiran yang berlawanan dengannya selagi menepati kehendak dan hukum syarak dalam Islam. Selagimana boleh di bawa undang-undang Allah aka undang-undang Islam, maka PAS tidak segan silu akan membawanya ke atas setakat mana termampu dalam ruang lingkup yang begitu terhad. Andaikata ruang yang ada sekarang sudah penuh dan cukup sempit, maka PAS akan bertenang dahulu sehingga ruang terbuka dan dalam masa yang sama berusaha pula untuk merintis jalan-jalan untuk ke hadapan.

Secara umumnya hadis di atas menjelaskan bahawa sesuatu yang asing itu tidaklah bermaksud memiliki jumlah yang kecil atau terpinggir, bahkan memberi pengertian sesuatu yang berlainan daripada yang lain. Begitu juga apabila dikatakan bahawa umat Islam akan menjadi asing, tidak bermaksud menjelaskan tentang keadaan umat Islam yang hidup dalam satu kelompok kecil dan terasing. Bahkan memberi gambaran keadaan hidup yang berlainan daripada pola hidup masyarakat lain yang tidak mengamalkan Islam.

Nabi SAW menggambarkan peristiwa yang akan terjadi selepas kewafatan baginda. Benarlah apa yang disabdakan oleh baginda di dalam hadith ini. Hari ini sunnah Nabi SAW bukan sahaja dipandang hina oleh masyarakat non-Muslim, bahkan masyarakat Islam sendiri turut menghina ajaran yang dibawa oleh baginda. Justeru, tidak hairanlah jika orang yang sanggup menghadapi zaman fitnah ini dijanjikan dengan keberuntungan oleh Nabi SAW.

PAS mengambil pendekatan Istiqamah sebagaimana yang disebut di dalam surah al-Ahqaf ayat 13 dan 14 yang berikut ;

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ. أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ خَالِدِينَ فِيهَا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ.
"sesungguhnya orang yang berkata 'Tuhan kami ialah Allah' kemudian mereka beristiqamah, maka tidak ada ketakutan ke atas mereka dan mereka tidak akan bersedih. Mereka itulah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya sebagai balasan di atas apa yang telah mereka lakukan".

Justeru itu dapat ditegaskan di sini, PAS tidak akan pernah takut atau gentar dengan sebarang provokasi dan permainan pihak lawan. Sememangnya PAS telah begitu masak dengan segala tingkah dan biji buah lawannya, samada kumpulan lama atau kumpulan baru yang bernaung di bawah kumpulan lama. Silakan semuanya, PAS tidak bongkak tapi kalau tersalah tingkah dengan PAS, maka jangan salahkan PAS kalau nanti tertiarap menyembah bumi.

Buat seluruh ahli PAS di Malaysia, siiru 'ala barakatillah. Wallahu 'alam.

Abu Turab
13 April 2017
AT002/2017
Mampu Centre

Tuesday, 11 April 2017

SAYANG ABANG BESAR

Apabila RUU 355 dibantah dan cuba digagalkan oleh DAP serta disokong kuat oleh rakan-rakan karibnya, maka PAS pula dituduh rasis dan perkauman.

Untuk pengetahuan, siapa sahaja yang cuba menghalang RUU 355 maka ianya cuba menidakkan pemerkasaan undang-undang Syariah di Malaysia. Samada ia DAP, PAN, MCA, MIC, PPBM, PKR atau sesiapa sahaja, maka sesiapa di dalam ini yang menentang maka ia cuba menidakkan pemerkasaan undang-undang Islam di Malaysia.

Tidak kira ia Melayu, Cina, India atau bangsa apa sekali pun. Siapa yang tidak menentang maka tidak perlulah ia melatah. Biasanya orang yang melatah ni apabila dicuit, kalau rasa tidak dicuit maka apa perlunya melatah.

Yang jelasnya apabila abang besar dicuit, maka adik-adik semua terkinja-kinja mempertahankan abang besar. Walaupun dia tahu bahawa abang besar dicuit kerana membuat perkara salah.

Sudah-sudahlah mempertahankan abang besar, mari sama-sama pertahankan Islam. Islam agama persekutuan dan agama rasmi Malaysia, maka salahkah nak perkasakan undang-undang Islam. Kalau nak sama-sama membantu jangan budayakan kaedah sindir menyindir. Bantu dengan ikhlas, kalau setakat menyindir dan kutuk belakang, itu bukan membantu, itu mencari geruh namanya.

Abu Turab
12 April 2017
LPPM/AT0012017

Sunday, 9 April 2017

Dakwah dan Ujian

Berdakwah itu sememangnya susah dan tiada nampak akan untungnya di dunia ini...
Mencegah kejahatan itu memang sakit dan terkadang dibenci orang...
Kenapa terjadi begitu..
Kerana kita mencari kasih sayang Allah..
Maka sedikit sebanyak harus mengenepikan kasih sayang makhluk...
Segala ujian yang terkena pada kita semuanya sudah diberikan kepada para rasul dan nabi sebelum kita.
Lihat saja..Nabi Muhammad saw dicerca dan dihina..
Diperangi..Dikatakan gila dan sebagainya...
Nabi Allah Ayub as ditimpa sakit yang begitu hebat..
Nabi Allah Musa dikejar dan diperangi oleh bapa angkatnya..
Nabi Allah Ibrahim as dibuang oleh keluarganya dan dibakar lagi hidup2 oleh kaumnya..
Carilah apa apa ujian sahaja yang menimpa dan pasti ada contohnya dari para rasul dan nabi...
Justeru itu apa lagi alasan kita untuk kecewa dalam berdakwah..
Apa lagi alasan untuk kecewa dalam hidup...
Teruskan perjuangan dan jangan pernah berputus asa kerana Nabi Allah Nuh as berdakwah selama sekitar 900 tahun dan pengikutnya hanya sekitar 40 ke 50 orang sahaja...
Ada mengatakan sekitar 90 orang sahaja.
Kerana apa semua rasul dan nabi tahan diuji...
Kerana mereka tahu bahawa Allah swt tidak akan bertanya setakat mana..
Atau sekadar mana kejayaan kamu..
Tetapi yang akan ditanya adalah setakat mana dan sekadar mana usaha kamu.
Teruskan berusaha dan terus ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN!!!
Tongkat Sunan
10 April 2017
LPPM/TS052017

Menelusuri Sirah Hudaibiyyah

Perjanjian Hudaibiyyah adalah merupakan satu contoh terbaik bagaimana penangguhan adalah strategi terbaik dalam memenangkan Islam. Di dalamnya terdapat hikmah yang tidak sedikit dan merupakan punca utama tertegaknya daulah Islamiah di dunia.

Justeru itu dalam situasi di Malaysia, RUU355 adalah begitu signifikan dengan kaedah yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw melalui sirah Hudaibiyyah ini.

Dalam kisah atau sirah Hudaibiyyah ini kita melihat bagaimana para sahabat cuba memprotes keputusan Nabi saw, namun setelah diberi penjelasan maka semua sahabat ra dapat menerima keputusan yang dibuat Nabi saw dengan hati yang terbuka.

Namun situasi berkaitan dengan RUU355 ini menjadi ejekan mereka yang tidak menyenanginya. Semasa RUU 355 diusulkan dahulu untuk dibentangkan, maka semua ahli parlimen yang bertolak belakang dengan PAS mengatakan mereka memerlukan masa untuk memahami RUU 355, walaupun telah begitu lama penerangan diberi berkenaan dengan hukum-hukum Islam ini. Maka Tuan Guru Presiden PAS meminta pembentangan RUU 355 ditangguhkan untuk memberi masa kepada ahli-ahli parlimen bagi memahami kandungan RUU 355.

Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya, mereka bukan berusaha untuk memahaminya, bahkan mereka menjaja ke serata alam bahawa PAS telah ditipu oleh UMNO dan sebagainya. Mereka cukup yakin bahawa RUU 355 ini tidak akan diberi ruang oleh kerajaan untuk dibentangkan.

Kini apabila RUU 355 dibentangkan di Dewan Rakyat, maka berpusu-pusu puak-puak kafir dan penyokongnya cuba melambat-lambatkan pembentangan dengan pelbagai cara di parlimen. Habislah mereka menyalak seperti anjing gila di Dewan Rakyat.

Maka keluarlah pula kata-kata bahawa PAS telah dikencing sekali lagi oleh UMNO kerana tempoh masa bersidang Dewan Rakyat disingkatkan sedangkan sehari sebelumnya Dewan Rakyat boleh sahaja bersidang sehingga 5 pagi.

Ketahuilah bahawa semakin lama ditangguhkan maka RUU 355 ini akan lebih difahami oleh mereka-mereka di luar sana. Rakyat akan lebih paham, pengundi-pengundi akan lebih paham, bahkan dunia juga akan lebih paham siapa sebenarnya yang mahukan Islam dan siapa yang sebenarnya menentang Islam.

Dan tidak sedarkah dalam masa RUU 355 ini heboh, maka dalam masa yang sama akta 164 pula muncul. Maka senyap sunyi segala ahli parlimen yang berpayung di bawah DAP. Sedangkan sudah jrlas akta 164 ini adalah merupakan satu akta yang jahat dan cuba untuk merosakkan Islam di Malaysia.

Alhamdulillah kebanyakkan mufti mula bersuara mempertikaikan akta 164 walaupun ada mufti dan ulama yang menentang RUU 355 senyap tidak bersuara. Tidak mengapalah, kita bersangka baik mungkin mereka tertidur barangkali sehingga tidak cakna dengan akta 164 ini.

Apapun bagi PAS, RUU 355 bukanlah segala-galanya kerana masih banyak lagi agenda Islam yang hendak dilaksanakan. Kerana apa, kerana PAS adalah parti siasah dan dakwah. Selagi mana ada ruang ada celah untuk memperjuangkan Islam maka PAS akan masuk melalui ruang dan celah itu supaya Islam difahami dan diterima oleh umatnya dan juga oleh kalangan bukan Islam.

Nama-nama besar yang menentang RUU 355 ini juga kita harap suatu hari nanti akan sedar akan natijahnya apa yang mereka buat sekarang ini bagi menggagalkan usaha ini. Baik dia Islam atau bukan Islam.

Bagi PAS, yang penting adalah usaha ke arah memartabatkan Islam di Malaysia dan soal berjaya atau tidak maka itu urusan Allah swt. Gagal bukan isu, kerana Nabi Allah Nuh as sendiri hanya mempunyai beberapa orang pengikut sahaja. Maka tiada masalah bagi PAS untuk menghadapi kegagalan walaupun dalam masa yang sama parti-parti pembangkang yang lain berebut-rebut untuk ke PUTRAJAYA.

PAS tidak merebut PUTRAJAYA, bahkan PAS merebut keredhaan Allah swt.

Tongkat Sunan
9 April 2017
LPPM/TS042017

Menjawab Fitnah Terhadap PAS.

Menjadi ahli PAS zaman ini tidaklah semudah yang disangkakan. Untuk menjadi ahli PAS, terpaksa melalui sesi pemfitnahan daripada parti  lawan hampir setiap detik yang ada. Semua anak panah kini dihalakan kepada PAS, baik ulama-ulama PAS, baik pimpinan-pimpinan PAS atau ahli-ahli PAS sendiri yang berada di bawah. Namun keteguhan dan kekuatan iman semua ahli PAS ini telah memberi satu keajaiban kepada PAS itu sendiri di mana makin dikata, makin dituduh, makin dicerca dan sebagainya, maka makin kuatlah PAS dalaman dan luarannya.
Imam Syafi’i (Rohimahullah) pernah ditanya oleh salah satu muridnya tentang bagaimana caranya kita mengetahui pengikut kebenaran di akhir zaman yang penuh fitnah?.
Jawab beliau,
” Perhatikanlah panah-panah musuh (ditujukan kepada siapa) maka akan menunjukimu siapa pengikut kebenaran”…
Apa sahaja fitnah dan caci maki yang tidak dilalui oleh PAS? Puak-puak yang memfitnah PAS ini pula berusaha sekuat tenaga dan menguras segala akal fikir untuk menjatuhkan dan memalukan PAS. Terkini fitnah terbaru adalah ada pemimpin PAS kononnya menerima dana dari wang 1MDB dan sebelum itu fitnah 90 juta. Dan percayalah isu ini tidak akan berhenti sebagaimana isu-isu yang lain. Sebagai contoh, isu 90 juta di mana PAS didesak untuk menyaman sesiapa yang menuduh PAS, maka PAS setelah beberapa lama meneliti isu ini, mula mengambil tindakan untuk menyaman para pemfitnah ini. Namun fitnah 90 juta itu tetap berjalan.
Maka sudah pasti isu penerimaan wang 1MDB ini juga akan berjalan laju dimulut-mulut dan tangan-tangan para pemfitnah ini.
Apa sahaja yang PAS boleh lakukan melainkan menyerahkannya kepada pihak berwajib untuk disiasat samada benar atau tidak.
Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga dahulu difitnah dengan isu seks dan rasuah dan isu tersebut tidak dapat dibuktikan sehingga sekarang. Maka seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS janganlah gusar dan melatah, jangan kita turut sama seperti mereka yang menyerang kita dari setiap sudut. Inilah masanya kita meneruskan kerja dakwah dan siasah kita kepada masyarakat. Biar mereka leka dengan gerak kerja fitnah mereka, biar mereka terkinja-kinja mengutuk dan mengata PAS, sememangnya itulah ujian yang mesti dilalui oleh setiap dari kita yang cintakan perjuangan Islam ini. Selagi dasar Islam masih kekal dalam perlembagaan PAS, maka selagi itulah kita akan menyerahkan segala-galanya untuk perjuangan ini.
Apa yang mereka mahu adalah PAS leka menjawab segala kekusutan fitnah ini sehingga PAS tidak berupaya untuk membuat kerja dakwah, sehingga PAS menjadi huru hara dan saling tuduh menuduh antara satu sama lain.
Sesungguhnya tohmahan-tohmahan yang dituju kepada PAS ini adalah sebagai pemangkin kepada PAS itu sendiri untuk lebih maju ke hadapan dengan tegap dan mantap.
Buat para pemfitnah, teruskan usaha kamu dan kami tunggu kamu di muka pengadilan Allah nanti.

Tongkat Sunan
8 April 2017

Yahudi, Kafir & Munafik

Sifat orang-orang yahudi yang menentang Islam itu adalah tidak akan menerima kebenaran walau dalam apa cara sekalipun. Maka benarlah apa yang disebut dalam alquran, "dan tidak akan redha Yahudi dan Nasrani itu melainkan setelah kamu mengikut jalan mereka".
Maka sebagaimana tingkah dan kelaku Yahudi itu, maka begitu jugalah tingkah dan kelaku para munafiq yang sememangnya amat benci kepada Islam.
Dan itu jugalah yang kini berlaku di Malaysia, bagaimana puak-puak kafir juhalak dan munafiq ini bergabung tenaga untuk menghancurkan Islam. Puak munafik beria-ia menyokong dan mengikut segala kehendak puak-puak kafir juhalak ini. Biarpun yang disuruh itu salah, yang diminta itu bercanggah, yang diharap itu memalukan, maka apa sahaja kehendak para alkafirun ini akan dituruti dan dipatuhi dengan sepenuh hati.
Bagaimana pun penjelasan yang diberi, bagaimana pun dalil yang dibacakan, bagaimana pun huraian yang dibentangkan, selagi abang besar kata "tidak" maka mereka akan juga berkata "tidak". Maka dicarilah 1000 alasan dan diutarakan 1000 bantahan ditambah lagi dengan 1000 sindiran.
Alangkah malangnya mereka dan pengikut mereka, di mata umat Islam yang cintakan Islam, didahi mereka *barangkali* sudah tertulis "ك ف ر".

Tongkat Sunan
7 April 2016

Kenapa PAN Begitu Membenci PAS?

Sehingga apa sahaja perkara yang dibuat oleh PAS tidak ada yang betul dan disanggah habis-habisan walaupun perkara tersebut dalam rangka memperkasakan Islam di Malaysia.
Adakah kerana PAS tidak mahu menyertai pakatan mereka ataupun kerana dendam lama yang masih belum usai dalam tajuk kekalahan di muktamar yang lalu.
Ataukah PAN begitu wala kepada DAP sehingga perkara-perkara yang bersangkutan dengan Islam sendiri tidak boleh diutamakan agendanya kerana menjaga hati DAP?
Kalau beginilah sikap PAN kepada PAS, maka samalah mereka dengan UMNO yang juga terpaksa menurut kehendak bukan Islam di dalam Barisan Nasional. Apa perbezaan UMNO dan PAN, di mana UMNO terpaksa menyerahkan kembali pembentangan RUU355 kepada PAS kerana hendak menjaga hati parti-parti bukan Islam dalam komponen Barisan Nasional dan juga PAN terpaksa mengutuk, mengata, mencerca dan sebagainya kepada PAS dalam rangka menjaga hati dan membodek DAP.
Begitu juga dengan akta 164 yang kononnya telah dibatalkan pembentangannya di mana dalam perkara ini UMNO antara yang bersetuju dengan akta ini untuk kepentingan bukan Islam daripada kepentingan Islam dan juga dalam masa yang sama PAN terus berdiam diri dengan akta ini kerana tidak mahu mengecilkan hati DAP atau juga mungkin takut dengan DAP.
Sesuailah dengan kata-kata Timbalan Perdana Menteri iaitu "kepentingan negara mengatasi lain-lain kepentingan" sedangkan yang sepatutnya adalah "kepentingan Islam mengatasi lain-lain kepentingan".
Terang sudah siapa PAN yang sebenarnya, mereka tidak ada bezanya dengan UMNO, melainkan PAN adalah parti pembangkang dan UMNO adalah parti kerajaan. Masing-masing mempertahankan dan membela kawan mereka yang bukan Islam kerana kepentingan yang bukan kepentingan Islam.
Sekian.

Tongkat Sunan
7 April 2017

Info Kuala Kangsar