PAS kini menjadi objek yang paling bernilai, semuanya kini berebut-rebut untuk memberikan penilaian terhadap PAS, antaranya puak-puak Pakatan Harapan yang di dalamnya PAN, DAP & PKR. Manakala UMNO masih belum berputus asa ingin bercinta dengan PAS, walaupun PAS hanya sekadar berkawan biasa. Kerana UMNO sebenarnya tidak layak bercinta dengan PAS. Hairannya PAN terlalu cemburu dengan PAS, dan akhirnya setelah merasakan mereka tidak akan mendapat cinta PAS, maka PAN mengambil jalan jahat dengan memfitnah PAS sedang bercinta dengan UMNO. Apapun semua orang harus faham, bahawa buah hati pengarang jantung PAS adalah ISLAM, maka kerana itu PAS bersungguh untuk merealisasikan cita-citanya melaksanakan kehendak ISLAM iaitu memastikan pemerkasaan kekasihnya ISLAM dengan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada RUU Akta 355. DAP yang cukup benci kepada ISLAM telah mengerahkan PAN selaku hambanya yang taat untuk menyerang PAS hingga titis darah terakhir. Kepada PAN diumpannya bermacam material...diumpannya bermacam janji manis, seolah-olah PAN kekasihnya awal dan akhir. Maka bertebaranlah PAN ke seluruh pelusuk pekan dan kota, kampung dan desa memfitnah dan mengutuk PAS bertubi-tubi. Pada PAN, Abang Besar DAP adalah segala-galanya. Itulah nyawa itulah cinta abadinya.
PKR pula kini tersepit di antara PAS dan teman-temannya di dalam Pakatan Harapan. Lantas mereka cuba bermain kayu tiga. Di sana sayang di sini kasih, namun helah mereka terbongkar, lalu PAS memberi kata dua, sana atau sini. Umum mengetahui sekarang PAS ada teman baru di dalam Gagasan Sejahtera. Biarlah tidak secantik mana, bukan itu yang PAS cari, bahkan yang penting bagi PAS adalah hati yang ikhlas untuk bersama dalam perjalanan yang penuh ranjau berduri. Selamat tinggal PAN...PAS bahagia dalam Gagasan Sejahtera.
Wednesday, 24 August 2016
PAS Dikejar......
Subscribe to:
Posts (Atom)