Thursday, 18 August 2016

Bertahan dan Mempertahankan Kebenaran

Hari ini saya terfikir negara kita menjelang 2020 yang tidak berapa lama lagi bakal bersama kita. Kita sebagai umat Islam di negara ini apakah kita sudah bersedia sepenuhnya untuk berada di tahun tersebut? Apakah persediaan kita samada untuk diri kita sendiri atau untuk mereka yang dekat dengan kita?

Sebaiknya kita melihat 2020 ini sebagai satu cabaran yang cukup besar kepada kita. Saya sendiri merasakan bahawa Malaysia dan rakyatnya masih belum bersedia untuk menghadapi 2020 dari perspektif tertentu dan sudah pastinya saya menekankan kepada aspek pembangunan daya rohani di dalam diri dan masyakat Islam.

Dengan suasana pada hari ini, kita melihat Malaysia dari sudut akhlak dan peribadinya cukup jauh untuk dapat mengawal peribadinya daripada terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Terutamanya anak-anak muda yang semakin hanyut dengan pelbagai hiburan dan jenayah. Dadah yang kini sudah bermacam bentuk dan warna sudah menjadi gula-gula kepada anak-anak muda kita. Ibu bapa yang semakin sibuk dengan kerjaya sudah tidak sempat untuk melihat tingkah anak-anak muda zaman ini.

Persoalannya....
Apakah kerajaan sudah benar2 menyediakan prasarana yang sepatutnya untuk mengawal keributan yang bakal berlaku nanti?
Apakah cukup sekadar menyediakan penjara dan pusat serenti?
Atau cukupkah hanya dengan menyediakan tempat2 ibadah semata-mata?
Bagaimana dengan penguatkuasaan polis dan jabatan agama?
Apakah peruntukan untuk operasi penguatkuasaan ini semakin meningkat atau semakin menurun?

Pendek kata semua pihak mesti berperanan untuk memastikan syaksiah anak2 kita terjaga dan terpelihara. Selain daripada itu penguatkuasaan Rang Undang-undang 355 mestilah dipastikan dapat dilaksanakan di Malaysia ini. Golongan bukan Islam tolong jangan campur tangan, kami sedang menjaga anak-anak kami. Tolong jangan mengeruhkan suasana. Jangan sibuk nak menyalak tentang RUU 355 ini.

Kerajaan sebagai pemerintah mesti mengambil sikap ghairah untuk menyelesaikan isu akhlak dan syahsiyah remaja Islam. Penguatkuasa Jabatan Agma Islam mesti ditambah dan peruntukkan jabatan mesti dipertingkatkan. Aktiviti-aktiviti keagamaan mesti diperhebatkan di setiap peringkat parlimen dan dun. Wakil-wakil rakyat yang beragama Islam wajib menyambut agenda memperkasakan aktiviti keagamaan di tempat masing-masing. Peruntukkan kerajaan berkaitan aktiviti -aktiviti keagamaan ini mesti diberikan kepada setiap wakil rakyat tanpa mengira mereka daripada pihak kerajaan atau pembangkang. Manakala kawasan parlimen atau dun yang tidak ada wakil rakyat daripada orang Islam mestilah diberikan perhatian dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti keagamaan di situ.

Di samping itu sebarang penyalahgunaan kuasa dan rasuah di kalangan menteri-menteri mesti dihapuskan. Namun Malaysia dalam erti kata sebenar masih membela puak-puak ini dan sangat menjelikkan apabila kepalanya masih dipertahankan dengan bersungguh-sungguh. Selagimana bapak rasuah ini masih dibela, maka tunggulah saat kehancuran Malaysia. 2020 bakal menjadi tragedi paling teruk akan datang nanti.

Rakyat sebagai pengundi mesti diberi penerangan dan penjelasan tentang kerakusan pemimpin mereka. PRU 14 mestilah menjadi medan untuk memilih yang bersih dan bercita-cita untuk memartabatkan Islam yang sebenar-benarnya. Penerangan dalam bentuk lama dan baru mesti diperhebat. Risalah-risalah mesti diedar secara berkala ke segenap pelusuk masuk ke kampung-kampung dan desa-desa. Bahan-bahan media baru mesti digarap dan disebar seluas-luasnya.

Begitu banyak rintangan dan ujian Allah pada zaman sekarang. Bukan Islam sudah semakin berani menghina Islam apabila sebahagian daripada orang Islam berhempas pulas mempertahankan segala kehendak bukan Islam. Yang kita mahukan adalah memperkasakan undang-undang Islam, malangnya yang menentang dan menghalang adalah orang Islam sendiri. Namun sebagai hamba yang patuh dan taat dengan ajaran Islam, itu bukan penghalang kepada gerak kerja Islam. Walaupun jenuh dikeji dan dimaki oleh pendokong-pendokong kuffar, dihina dan diperlecehkan, in sya Allah semua perkara tersebut bakal menguatkan lagi hasrat dan cita-cita kita untuk mempertahankan Islam.

Hari ini Islam sudah begitu tersudut, Islam sudah semakin asing, Islam sudah kelihatan ganjil, bukan sahaja pada pandangan bukan Islam, malahan ada segelintir umat Islam sendiri yang memandang sepi pada Islam. Imam Muslim meriwayatkan di dalam Shahihnya dari jalan Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” (HR. Muslim [145] dalam Kitab al-Iman.Syarh Muslim, 1/234).

An-Nawawi rahimahullah menukil keterangan al-Harawi bahwa makna orang-orang yang asing adalah : orang-orang yang berhijrah meninggalkan negeri/daerah mereka karena kecintaan mereka kepada Allah ta’ala (Syarh Muslim, 1/235). Keterangan al-Harawi di atas dilandaskan pada sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah dalam Shahihnya dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan ia akan kembali menjadi asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing.” Ada yang bertanya, “Siapakah yang dimaksud dengan orang-orang asing?”. Beliau menjawab, “Yaitu orang-orang yang memisahkan diri dari kabilah-kabilah [mereka].” (HR. Ibnu Majah [3978] dinyatakan sahih oleh al-Albani dalam Shahih wa Dha’if Sunan Ibni Majah [8/488] namun tanpa tambahan ‘ada yang bertanya, dan seterusnya’, as-Syamilah).

Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya dari Abdullah bin Amr bin al-‘Ash radhiyallahu’anhu, dia mengatakan; Suatu hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berbicara dan ketika itu kami berada di sisi beliau, “Beruntunglah orang-orang yang asing.” Kemudian ada yang menanyakan, “Siapakah yang dimaksud orang-orang yang asing itu wahai Rasulullah?”. Maka beliau menjawab, “Orang-orang salih yang hidup di tengah-tengah orang-orang yang jelek lagi banyak [jumlahnya]. Orang yang mendurhakai mereka lebih banyak daripada orang yang menaati mereka.” (HR. Ahmad 6362 [13/400], disahihkan al-Albani dalam Shahih w a Dha’if al-Jami’ 7368 [3/443] as-Syamilah)

Syaikh al-Albani rahimahullah menyebutkan di dalam Silsilah al-Ahadits as-Shahihah penafsiran makna orang-orang yang asing tersebut dengan sanad yang sahih. Diriwayatkan oleh Abu Amr ad-Dani dalam as-Sunan al-Waridah fi al-Fitan dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu’anhu secara marfu’ -sampai kepada Nabi-, beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan asing dan akan kembali menjadi asing seperti ketika datangnya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing.” Ada yang bertanya, “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”. Maka beliau menjawab, “Yaitu orang-orang yang tetap baik [agamanya] tatkala orang-orang lain menjadi rusak.” (as-Shahihah no 1273 [3/267]. as-Syamilah, lihat juga Limadza ikhtartul manhaj salafi, hal. 54).

Al-Qari menafsirkan bahwa makna orang-orang yang asing adalah orang-orang yang memperbaiki [memulihkan] ajaran Nabi yang telah dirusak oleh manusia sesudahnya. Beliau berdalil dengan hadits yang diriwayatkan melalui Amr bin Auf al-Muzani radhiyallahu’anhu, demikian dinukilkan oleh al-Mubarakfuri (Tuhfat al-Ahwadzi [6/427] as-Syamilah). Imam Tirmidzi menyebutkan dalam Sunannya hadits tersebut yang disandarkan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Mereka itu adalah orang-orang yang memperbaiki ajaranku yang telah dirusak oleh manusia-manusia sesudah kepergianku.” (HR. Tirmidzi [2554] dari Amr bin Auf al-Muzani radhiyallahu’anhu, namun hadits ini dinyatakan berstatus dha’if jiddan -lemah sekali- oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih wa Dha’if Sunan at-Tirmidzi [2630] as-Syamilah, lihat pula Limadza ikhtartul manhaj salafi, hal. 53 oleh Syaikh Salim al-Hilali).

Al-Mubarakfuri menjelaskan makna ‘ memperbaiki ajaranku yang telah dirusak oleh manusia-manusia’ yaitu : “Mereka mengamalkan ajaran/sunnah tersebut dan mereka menampakkannya sekuat kemampuan mereka.” (Tuhfat al-Ahwadzi [6/428] as-Syamilah). al-Mubarakfuri juga menjelaskan bahwa hadits yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi di atas bersatus lemah dikarenakan terdapat seorang periwayat yang bernama Katsir bin Abdullah bin Amr bin Auf al-Muzani. al-Mubarakfuri berkata, “Katsir ini adalah periwayat yang lemah menurut banyak ulama ahli hadits, bahkan menurut mayoritas mereka. Sampai-sampai Ibnu Abdi al-Barr mengatakan, ‘Orang ini telah disepakati akan kedha’ifannya’.” Maka keterangan beliau ini menyanggah at-Tirmidzi yang menghasankan hadits di atas (lihat Tuhfat al-Ahwadzi [6/428] as-Syamilah).

Syaikh Salim al-Hilali hafizhahullah berkata, “…tidak ada riwayat yang sah mengenai penafsiran [Nabi] tentang makna al-Ghuraba’ (orang-orang asing) selain dua tafsiran yang marfu’ yaitu : [1] Orang-orang yang [tetap] baik tatkala masyarakat telah diliputi kerusakan. [2] Orang-orang salih yang hidup di tengah-tengah banyak orang yang buruk [agamanya], akibatnya orang yang menentang mereka lebih banyak daripada yang mengikuti mereka.” (Limadza ikhtartul manhaj salafi, hal. 55).

Imam at-Tirmidzi membawakan hadits dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Akan datang suatu masa ketika itu orang yang tetap bersabar di antara mereka di atas ajaran agamanya bagaikan orang yang sedang menggenggam bara api.” (HR. Tirmidzi [2260] disahihkan al-Albani dalam Shahih wa Dha’is Sunan at-Tirmidzi [5/260], as-Shahihah no 957. as-Syamilah).

Inilah suasana akhir zaman, semoga kita termasuk ke dalam kumpulan orang-orang yang asing ini, biarpun kita dihina, dikeji, dikata dan sebagainya. Semoga Allah swt yang menentukan balasan kepada puak-puak yang meruntuhkan Islam ini, wallahu 'alam.

Tuesday, 16 August 2016

HARI INI DALAM SEJARAH PAS PRESIDEN PAS PERJELAS SEBAB TIDAK HADIR SAKSIKAN LAKONAN SEMULA ROMPAKAN AL-MA'UNAH (16 OGOS 2000)

Butiran Diterbitkan: 16 Ogos 2016 Ditulis oleh Mohd Fadli Ghani

PADA hari ini dalam tahun 2000, Presiden PAS, Ustaz Dato' Haji Fadzil Mohd Noor telah menjelaskan sebab beliau tidak menghadiri sesi lakonan semula rompakan senjata di Perak oleh Kumpulan al-Ma'unah. Lakonan semula yang dibuat oleh pihak Kerajaan Pusat ini adalah kerana Ketua Pembangkang itu mendakwa rompakan tersebut adalah sandiwara yang direka oleh pihak kerajaan. PAS yang dipalitkan secara langsung dengan tragedi ini melihat ia adalah sebuah sandiwara oleh pihak pemerintah untuk menjatuhkan imej PAS setelah parti Islam ini mencatat kejayaan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-10 pada 29 November 1999.

Peristiwa Kumpulan al-Ma'unah ini berlaku pada 2-6 Julai 2000 di mana mereka telah merompak 119 laras senjata automatik dan 5,000 butir peluru di Pos Tentera Askar Wataniyah, Kuala Sungai Rui dan Kem Batalion 304 Askar Wataniyah Grik. Kumpulan al-Ma'unah yang diketuai oleh Mohd Amin Mohd Razali, seorang bekas anggota tentera bersama 14 lagi ahli kumpulannya telah melakukan rompakan pada 2 Julai 2000, kemudian berkubu di Bukit Jenalek, Sauk, Perak sehingga ditumpaskan pada 6 Julai 2000. Dalam tragedi ini, dua anggota polis telah terbunuh dan dua cedera, selain penculikan ke atas tiga orang pekebun durian. Media melaporkan bahawa Kumpulan al-Ma'unah yang menyerah diri pada 6 Julai 2000 adalah bermatlamat menggulingkan kerajaan dan menentang Yang di-Pertuan Agong.

Di sebalik peristiwa berdarah ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Kumpulan al-Ma'unah mempunyai hubungan dengan PAS. Menurut Perdana Menteri itu, bahawa kebanyakan anggota Kumpulan al-Ma'unah adalah ahli PAS dan mereka menentang kerajaan kerana terpengaruh dengan dakyah PAS. Media juga mendakwa Kumpulan al-Ma'unah telah mempelawa ahli PAS menyertai kumpulan mereka melalui iklan yang dibuat dalam lidah rasmi PAS, Harakah keluaran 9 Oktober 1998. Mohd Amin Mohd Razali, ketua kumpulan ini juga didakwa berasal dari keluarga PAS dan telah terpengaruh dengan PAS.

Ekoran serangan yang dilakukan oleh media dan Umno ke atas PAS, ia telah menyebabkan tindakan PAS menjadi defensif, dan Presiden PAS secara terbuka menganggap peristiwa di Bukit Jenalek ini hanyalah satu sandiwara kerajaan, yang bertujuan untuk mengaitkan PAS dengan keganasan. Tindakan Presiden PAS ini telah menimbulkan kemarahan kerajaan sehingga mengugut untuk mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan ke atas beliau. Ustaz Dato' Haji Fadzil Mohd Noor menjawab dengan sinis ugutan ini dengan berkata "Takkan tanya pun tak boleh?" Terdesak dengan dakwaan balas Presiden PAS ini, Kerajaan Pusat telah mengarahkan tentera melakonkan semula bagaimana senjata api dirompak dalam jumlah yang besar. PAS telah memgambil sikap untuk menolak lakonan semula ini kerana menganggap lakonan semula ini masih tidak menjawab bagaimana rompakan ini boleh berlaku. Atas alasan ini, Presiden PAS yang tidak menghadiri sesi lakonan semula tersebut dan pada 16 Ogos 2000, dengan alasan tersebut menjelaskan kenapa beliau tidak menghadiri sesi lakonan semula tersebut.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
16 Ogos 2016

http://telegram.me/pas_menerajui_politik_malaysia

Mengapa PAS tidak tiru macam Erdogan?

Mengapa PAS tidak tiru macam Erdogan?
SYED AHMAD FADHLI | 16 Ogos 2016.

ADA yang bertanya, dan tidak kurang juga yang mempertikaikan mengapa Tuan Guru Presiden PAS tidak meniru langkah seperti Erdogan di Turki?

Kalau saya ditanya sedemikian, saya akan jawab secara mudah sahaja.

1.Kita berada di Malaysia, bukannya di Turki. Adakah sama suasana di sana dan di sini?
Perlembagaan di sana berakidahkan sekularisme dan Tentera sebagai pelindungnya sedangkan Artikel 3, Perlembagaan Malaysia sudah menyatakan dengan jelas Islam sebagai Agama Persekutuan. Adakah Islam dihalang dengan keras pelaksanaannya di Malaysia?

Mereka di sana berjuang dengan kondisi mereka, kita berjuang dengan kondisi di sini, bukankah ini dinamakan Fiqhul Waqi'?

2.Kita di sini sudah adanya PAS, sebuah parti yang telah menzahirkan dengan terang dan nyata dasar perjuangannya iaitu Islam, seawal penubuhannya pada tahun 1951.

PAS di sini dibenarkan bergerak di pentas demokrasi walaupun ia masih tidak mencukupi. Berbeza dengan sistem negara Turki yang menghalang segala bentuk perjuangan yang berasaskan Islam.

PAS ialah PAS. Mengapa pula kita terpesona dan mahu mengikut acuan lain yang belum tentu sama dengan realiti kita?

Bak kata Tuan Guru Presiden PAS,
"Maka, PAS bukan seperti Ikhwan Muslimin di negara Arab, bukan Jamaat Islami di Pakistan, bukan Jemaah Tabligh India, bukan Parti Saadat dan Adalat Turki, jauh sekali seperti Al-Qaeda atau Daish yang berjenamakan jihad tanpa ilmu dan bertafaqquh dalam perkara Islam,.......

Oleh itu, PAS dengan Islamnya mampu menghadapi adanya perbezaan tempat, keadaan dan masa. Maka, PAS tidak boleh terpengaruh dengan apa-apa sahaja yang tidak selaras dengan situasi dan realiti daripada luarnya dan terus beristiqamah bersama Islamnya.

Menjadikan PAS tidak terpesona dengan Revolusi Mesir 1952 dan terkini 'Arab Spring' yang hampir menenggelamkan Ikhwan, PAS juga tidak terpengaruh dengan Revolusi Iran menghadapi kediktatoran Shah Iran yang mengganas dan Mazhab Syiah Imamiyyah majoriti rakyatnya, PAS tidak terpengaruh dengan keadaan di Turki kerana tenteranya dijadikan pelindung sekularisme yang hanya menentang Islam sahaja supaya memerangi rakyat Turki yang berhasrat menjadikan agama Islam berdaulat di negaranya..." – HARAKAHDAILY 16/8/2016

http://telegram.me/pas_menerajui_politik_malaysia

Bila Sultan Bertitah...

Sultan Brunei " Ini Negara Saya, Jangan Berani Masuk Campur Hal Negara Saya " | CNN & media Barat kini sibuk mengancam Brunei disebabkan pelaksanaan Undang-undang Syariah. Mereka memboikot semua hotel & kepentingan Brunei.
Berikut adalah jawapan kerajaan Brunei kepada mereka:

“DALAM negara2 kamu, kamu mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama & lain-lain. Ianya di dalm Perlembagaan kamu, ianya sistem politik kamu, identiti negara kamu, hak kamu, aturan cara hidup kamu...

“Dalam negara saya, kami mempraktikkan kemelayuan, Islamik, sistem Monarki & kami akn mula mengamalkan Undang2 Islam, Undang-undang Syariah. Islam berada di dalm Perlembagaan kami, identiti negara kami, hak kami, aturan cara hidup kami...

“Kami mgkin menjumpai kelopongan2 dalam undang-undang & sistem keadilan kamu & kamu mgkin menjumpai kelopongan2 pada kami pula, akn tetapi ini adalah Negara kami...

“Seperti mana kamu mengamalkan hak kamu utuk Gay & lain-lain. Kamu lakukannya utk dunia ini yg kamu diami sekarang, sdg kami mengamalkan hak kami menjadi Muslim utuk dunia ini & dunia selepasnya. Ini adalah Negara Islam yg mengamalkan Undang-undang Islam...

“Mengapa tidak kamu risaukan anak2 kamu yangg ditembak di sekolah-sekolah kamu, penjara kamu yg gagal menempatkan orang-orang yg tertuduh, kadar ketinggian jenayah & DUIs, kadar bunuh diri & pengguguran yg tinggi & apa-apa yg patut dirisaukan DI SANA. Banyak agama yg menentang Homoseksualiti, ianya bkan sesuatu yg baru....

“Saat kamu mendengar bahawa Islam & Muslim membuat pendirian & meneguhkan kepercayaan mereka, kamu menghakimi, kamu memboikot, kamu katakan ianya salah, ianya bodoh, ianya kejam. Sekali lagi, pergilah kepada kebimbangan yg kamu patut tumpukan pada yg tlh saya beritahu sebelum ini...

“Tidak salahkah membenarkan senjata-senjatamembunuh, tidak salahkah membenarkan bayi yg belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan gaya hidup yg membawa pada AIDS & kerencatan pada generasi baru??

“Mengapa terlalu risaukan tntg apa yg terjadi di sini, di dlm negara Islam sdg kamu tidak pun membuka mata tentang apa yg berlaku di Syria, Bosnia, Rohingnya, Palestin & lain-lain. Ribuan terbunuh di sana & kamu masih tidak peduli, tiada seorang pun yg terbunuh di sini di bawah Undang-undang Syariah & kamu kecoh menggembar-gemburkan ia, walaupun penduduk di sini yg secara langsung terkesan darinya, menerimanya dgn aman...

“Hukuman mungkin sedikit keras, tidak bermakna ianya mudah utk dilaksanakan. Di sana ada proses-proses yg perlu dijalani sebelum bleh disabit bersalah. Kami baik-baik saja dengannya, malah gembira.”

OLEH | Ke bawah Duli Yg Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien | SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

http://telegram.me/pas_menerajui_politik_malaysia

Syarikat Milik, Berkaitan Kerajaan Rugi: Rakyat Tuntut Penjelasan




KENYATAAN MEDIA
Ahli Parlimen Kuala Nerus

16 Ogos 2016 | 13 Zulkaedah 1437H

SYARIKAT MILIK, BERKAITAN KERAJAAN RUGI : RAKYAT TUNTUT PENJELASAN

1. Prestasi kewangan beberapa syarikat GLC menimbulkan persoalan sejauh mana kerajaan serius menjadikannya sebagai aset ekonomi bagi negara. Kerajaan perlu memberi penjelasan kukuh dan terbuka kepada rakyat sebab-sebab kegagalan di saat syarikat-syarikat milik korporat boleh mencapai kejayaan yang membanggakan.

2. Syarikat milik atau berkaitan Kerajaan (GLC) dibentuk bertujuan untuk bertanggungjawab memacu pertumbuhan ekonomi negara khususnya bagi membantu meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam sektor ekonomi.

3. Namun, terdapat banyak GLC yang mempunyai masalah prestasi kewangan sehingga mengalami kerugian yang besar justeru tidak dapat mencapai objektif asal pembentukannya. Antaranya ialah :

(a) Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) – pembangunan infrastruktur perkhidmatan pengangkutan awam – mencatatkan kerugian berjumlah RM885.6 juta pada 2014. Prasarana juga telah mengalami kerugian 15 tahun selama 17 tahun penubuhannya.

(b) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi tahun kewangan berakhir Mac 2014 merekodkan kerugian berjumlah RM665.3 juta. Tambah, turut didakwa mempunyai hutang dianggarkan berjumlah RM42 bilion.

(c) Proton Holdings Berhad (PROTON) dilaporkan mengalami kerugian berjumlah RM1.4 bilion (atau 72 sen sesaham) pada tahun kewangan ketiga 2016 sehingga mempengaruhi rugi bersih yang dialami oleh DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) berjumlah RM821.3 juta. Bagi tahun kewangan berakhir Mac 2016, DRB-Hicom merekodkan rugi bersih berjumlah RM991.90 juta, juga disebabkan prestasi PROTON yang lemah sehingga berkemungkinan DRB-Hicom akan menjual saham PROTON kepada pelabur asing.

4. Rakyat menuntut Kerajaan memberikan penjelasan punca banyak GLC mengalami kerugian sedangkan pengaruh yang dimiliki oleh Kerajaan dalam hal-hal melantik, meluluskan ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan sepatutnya dapat memastikan ia diterajui oleh barisan pengurusan yang berkaliber dan kompeten.

5. Rakyat sangat khuatir dengan pengaruh politik yang wujud dalam proses tersebut serta terserlahnya budaya kronisme dan nepotisme menjadikan GLC hanya sebagai platform untuk mengkayakan individu atau pihak tertentu yang ‘dirasmikan’ atas nama "perbelanjaan syarikat" justeru menyumbang kepada kerugian yang telah berlaku ini.

6. Rakyat juga menuntut Kerajaan menjelaskan kewajaran memberikan subsidi dan mengekalkan syarikat-syarikat yang mengalami kerugian berterusan seperti MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) and Prasarana. Alasan ketidakcukupan pendapatan syarikat-syarikat ini untuk menanggung beban kadar faedah seperti yang dinyatakan oleh Datuk Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II, dilihat tidak konkrit dan boleh manyebabkan salah urustadbir boleh terus berlaku.

Sekian.


“Inilah Penyelesaian Kita”


DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus /
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)


http://telegram.me/pas_menerajui_politik_malaysia

PAS berharap agar Turki kembali memimpin dunia Islam


GOMBAK: PAS berharap agar Turki kembali memimpin dunia Islam, bahkan melihat semangat Islam yang semakin kembali semula ke negara itu telah berjaya menggagalkan cubaan rampasan kuasa oleh sebahagian tentera baru-baru ini.

Harapan dan pandangan tersebut disuarakan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Ceramah Perdana Senario Politik Timur Tengah: Pasca Cubaan Rampasan Kuasa di Dataran KUIZM, Taman Melewar, di sini 14 Ogos lalu.

Menurut beliau, harapan PAS kepada Turki itu adalah kerana realiti kekuatan yang ada pada negara dan rakyatnya, disamping juga sebuah lagi negara Islam iaitu Iran yang terlebih dahulu bebas melalui Revolusi Islam.

Bagaimanapun katanya, Iran yang bermazhab Syiah tidak mempunyai penguasaan terhadap dunia Islam yang majoritinya adalah Sunni iaitu mewakili 90 peratus dari kalangan umat Islam, walaupun telah mengubah banyak ijtihad mazhab mereka hingga menyamai Sunni.

“Dengan sebab itu, saya tegaskan bahawa, Turki dan Iran, mengikut nasihat Almarhum (Najmuddin) Erbakan, perlu mengadakan kerjasama dengan negara yang bermusuh dengan kuasa-kuasa Barat. Mana negara yang bermusuh dengan kuasa Barat, kita mengadakan kerjasama dengan negara ini.

“Kerana yang paling terserlah menentang umat Islam hari ini ialah kuasa-kuasa Barat, yang mengacau dunia Islam. Apa yang berlaku di negara Arab, yang berlaku di mana-mana, itu campur tangan kuasa-kuasa Barat,” terangnya yang juga Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia.

Malah jelasnya, kuasa Barat yang pernah mengisytiharkan nakhoda baru untuk memimpin dunia seluruhnya telah menganggap Islam sebagai pencabar.

Padahal tegasnya, Islam adalah agama yang baik dan adil, tetapi semata-mata kerana hasad dengki terhadap Islam, mereka menyebarkan fitnah-fitnah kononnya orang Islam melampau dan ganas.

Sedangkan menurut Tuan Guru, rentetan dari cubaan rampasan kuasa di Turki itu pihak Barat membuat kenyataan supaya Kerajaan Turki tidak menjatuhkan hukum bunuh terhadap mereka yang terlibat.

“Negara Barat buat kenyataan (membela), jangan bunuh mereka yang terlibat dalam rampasan kuasa ini. Padahal mereka bunuh orang (Islam) di Iraq, di Afghanistan, bunuh orang di mana-mana, dengan tak bawa ke mahkamah, semata-mata kerana nak mempertahankan kuasa mereka, sanggup bunuh juta orang, yang berlaku di Afghanistan dan Iraq.

“Ini berapa orang sahaja yang terlibat dalam rampasan kuasa ini yang sudah bunuh orang di Turki? Pengajaran yang paling baik ialah semangat Islam kembali semula ke Turki. Saya sangat kagum, bagaimana seorang pemuda yang lumpuh kerana cedera dalam menentang rampasan kuasa ini dibawa untuk berucap di perhimpunan raksaksa di Istanbul.

“Dia membuat ucapan bahawa dia dan kawan-kawannya akan berjihad, sanggup mati kerana nak balik kepada Islam. Dan kami lebih rela ditanam dalam tanah, mati kerana menegakkan Islam dengan mati yang mulia, daripada hidup di atas bumi hidup yang hina, kata dia. Ini satu ungkapan yang sangat menarik.

“Bukan kita nak menggalakkan benda-benda yang lawan cara keras ini. Tetapi, kita kena ajar mereka yang nak mempermain-mainkan Islam ini, jangan anggap orang Islam ini lemah. Orang Islam adalah menganut satu ajaran yang kuat dan gagah, yang tak boleh diperlakukan. Allah Taala tunjukkan kepada kita, walaupun Islam tak ada kuasa besar dunia, cahaya Islam tak boleh dipadamkan,” ujarnya memetik ayat 8 surah as-Saff.

http://telegram.me/pas_menerajui_politik_malaysia

Info Kuala Kangsar