Sunday, 9 April 2017

Kenapa PAN Begitu Membenci PAS?

Sehingga apa sahaja perkara yang dibuat oleh PAS tidak ada yang betul dan disanggah habis-habisan walaupun perkara tersebut dalam rangka memperkasakan Islam di Malaysia.
Adakah kerana PAS tidak mahu menyertai pakatan mereka ataupun kerana dendam lama yang masih belum usai dalam tajuk kekalahan di muktamar yang lalu.
Ataukah PAN begitu wala kepada DAP sehingga perkara-perkara yang bersangkutan dengan Islam sendiri tidak boleh diutamakan agendanya kerana menjaga hati DAP?
Kalau beginilah sikap PAN kepada PAS, maka samalah mereka dengan UMNO yang juga terpaksa menurut kehendak bukan Islam di dalam Barisan Nasional. Apa perbezaan UMNO dan PAN, di mana UMNO terpaksa menyerahkan kembali pembentangan RUU355 kepada PAS kerana hendak menjaga hati parti-parti bukan Islam dalam komponen Barisan Nasional dan juga PAN terpaksa mengutuk, mengata, mencerca dan sebagainya kepada PAS dalam rangka menjaga hati dan membodek DAP.
Begitu juga dengan akta 164 yang kononnya telah dibatalkan pembentangannya di mana dalam perkara ini UMNO antara yang bersetuju dengan akta ini untuk kepentingan bukan Islam daripada kepentingan Islam dan juga dalam masa yang sama PAN terus berdiam diri dengan akta ini kerana tidak mahu mengecilkan hati DAP atau juga mungkin takut dengan DAP.
Sesuailah dengan kata-kata Timbalan Perdana Menteri iaitu "kepentingan negara mengatasi lain-lain kepentingan" sedangkan yang sepatutnya adalah "kepentingan Islam mengatasi lain-lain kepentingan".
Terang sudah siapa PAN yang sebenarnya, mereka tidak ada bezanya dengan UMNO, melainkan PAN adalah parti pembangkang dan UMNO adalah parti kerajaan. Masing-masing mempertahankan dan membela kawan mereka yang bukan Islam kerana kepentingan yang bukan kepentingan Islam.
Sekian.

Tongkat Sunan
7 April 2017

No comments:

Post a Comment

Info Kuala Kangsar